January 26, 2012

" URBAN VIBE ONLINE CONTEST - cinta seputih salju (PREVIEW) "

Arghhh .. contest lagi? hikhik..syioknye .. mari mari kite Join Contest anjuran Urban Vibe .

Hadiah die best woo .. tu yg menarik minat ku untuk terjebak dalam contest ni .
Mekasey Urban Vibe ..

Meh tgk hadiah dulu ye .. hakhak ..

Hadiah2nya adalah:

Tempat Pertama: Pelamin rumah bernilai RM 5K (klang valley area sahaja) berserta dekorasi 9 dulang hantaran tajaan AWC (Ari wedding couture)
Tempat Kedua: Sewaan baju L & P bernilai RM 5K oleh Arma Couture

Tempat Ketiga: Pre Wedding worth RM 1500.00 + Persandingan worth RM2500.00 + album + frame tajaan GIPhotolicious (gabungan 2 nama hebat)
Koma skejap bile tgk adiah2 die..

Wowww...fuhhh..adiah nye best bangat lol...rugikan klu x cube nasib..

jom kite try nak . Skunk kite tgk plak syarat die .. senang ke susah .. wooot..wooot...
1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin yang bakal bernikah selewat2nya 31 Dec 2012 di Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja.

Nikah : confirm 2012 :)
Umur : 26 Tahun da ..

2) Peserta perlulah “like” Fanpage (http://www.facebook.com/pameranpengantin), dan
menukar profile picture anda kepada profile picture kami dari hari penyertaan sehingga 1 Mac 2012





DONE - da LIKE da :)



DONE - Profile picture pon da tuka ...

3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWERhttp://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/. Sila letak Event Banner di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA



DONE - Saya dah menjadi follower .. anda bila lagi ?


DONE - Event Banner dah letak kat side bar blog.


4) Pertandingan ini mewajibkan peserta membuat 3


tugasan berkaitan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event;



a) [Tugasan 1]: tajuk Post”URBAN VIBE ONLINE CONTEST -cinta seputih salju(PREVIEW)”



Penyertaan bermula 26 Januari 2012 – 9 Februari 2012 jam 4 ptg. Entri tidak kurang dari 300 patah perkataan menceritakan tentang Urban Vibe Event & Pameran Pengantin Malaysia, serta pendapat anda tentang PPM anjuran kami. Sertakan Logo Urban Vibe Event & logo PPM sekali di dalam entri tersebut
(Sila tinggalkan komen di entri ini setelah anda membuat post tersebut)


oh yeah..marilah kite mula mengarang ye kawan-kawan....
---
---
U olls penah tak dengar Pameran Pengantin Malaysia? Emm..mmg la banyak pameran pengantin kat Malaysia ni..tp yang ni di anjurkan oleh Urban Vibe? Tau tak? tau tak?

I guest u oll mesti tau en..especially B2B..

tipu la kalau B2B tak tau .. tarik tinge nnt baru tau .. hikhik..

Yang mane tak tau tu..meh nak bagitau...

Pernah x u oll jumpe or tengok or nampak logo ni kat mane-mane?


Ni lah logo Pameran Pengantin Malaysia yang juga dikenali sebagai PPM anjuran :


Pn. Nadia Hassan yang dikenali sebagai Pengarah urusan Urban Vibe yang mula menubuhkan Urban Vibe bersama suaminya En. Syahrul Hafiidz dengan bermodalkan RM30000 yang dipinjam dari bapa saudaranya dan memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dengan menjual tapak di pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.


Pelbagai rintangan dan halangan yang beliau lalui, tetapi dengan adenye sokongan dari ahli keluarga iaitu kedua ibu bapanya dan juga bapa saudaranya akhirnya beliau berjaya membuktikan bahawa apa yang beliau lakukan mampu memberikan pulangan yang menguntungkan semua pihak.

Urban Vibe yang sudah bertapak hampir 7 tahun yang bermula dari tahun 2005 hingga kini tidak mengenal erti putus asa dalam membantu bakal-bakal raja & ratu sehari menyediakan persiapan hari bahagia mereka.


Pameran Pengantin Malaysia merupakan pilihan utama bakal-bakal pengantin yang ingin memulakan langkah dalam melaksanakan hari bahagia mereka. Termasuklah saya :). Pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang boleh didapati dengan berkunjung ke Pameran Pengantin Malaysia. Contohnya sepeti pengetahuan dalam memilih pakaian pengantin, tempahan pelamin, pemilihan kad kahwin, photography dan sebagainya.


Uhh..abaikan perot boncit itu .. Saya dah pon pernah menjejakkan kaki ke Pameran Pengantin Malaysia di beberapa lokasi mereka pada tahun lepas.. (time gatai dah mai..haha..)

Dengan adanye Pameran Pengantin seperti yang dianjurkan oleh Pihak Urban Vibe ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dan juga B2B diluar sana memudahkan urusan perkahwinan kami. Dari sekecil-kecil urusan sehinggalah sebesar-besar urusan..

Selagi belum mendirikan masjid, InsyaAllah saya tetap akan berkunjung ke Pameran Pengantin Malaysia anjuran Urban Vibe Event. Saya tetap akan support mereka walaupon sudah berkahwin nanti..

Pada Bulan 2 ini mereka akan mengadakan Pameran Pengantin Malaysia lagi .. Mari kite serbu ramai-ramai ..


Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event

Lokasi : Shah Alam Convention Centre, Selangor
Tarikh : 24 - 26 Februari 2012
Masa : 10am - 10pm

Tahniah buat Urban Vibe Event and Crew ..


Tugasan ke-2 ? Tunggu sambungannya .... [to be continue...]

3 comments:

dhiera said...

wahh...siap bersambung! good luck dear...

ameyamiza said...

haha..sambung utk tugasan ke-2 .. thanks dear :)

cik helena said...

gudluck! kalau menang bgtau tau!mesti besttttttt!