July 11, 2012

Wordless Wednesday # Dilema #

51 days more to go... 

tapi my reception outfit x decide lagi oke..

help me to decide friends..

Theme : Purple + Silver 


Ni macam dah menepati theme, tp inchik penunang kate the dress look macam biase je..


Luv this dress, simple je..tp oke kene ke ngan thema? 
i decide nak pkai inner purple & tudung purple. u oll rase oke x?

Help me to decide.. buntu...


May 22, 2012

:: Design for Hantaran ::

Salam dearest.. Lame sesangat x hupdate nih.. dah macam-macam jenis sarang ade dah ni... haha..nampak x ? nampak x? hikhik ...

Mase berlalu dengan pantas..ape persiapan pon xmula lagi ni.. argghhh...tetibe stress kan..(padan muke kau Amiza..)

Ari ni ade kerajinan sket, konon nak D.I.Y hantaran kan, so ape lagi..start la searching-searching...
jangan nak brangan idea dtg tetibe oke... arghh..and kene buat for both side ...

Let's start searching..

Daku berangan untuk guna fresh flower and should choose soft color..lembut gitu kan...



Credit to : Whatalovelywedding

Simple but nice..really Love the color..



Credit to : Creatively Design

WOW..wow...walaupon pkai artificial flower tp sgt sgt la gorgeous.. 
Menarik dan tertarik oke....




Credit to : Mr. Google

Ni hantaran Scha & Awal .. mesti semua da tau en..daku minat hantaran ni sbb simple n of coz la ade purple..auu..

So aku dh decide, bia la hantaran ku simple but nice ! 
Thanks encik gugle..


April 5, 2012

:: Tukar tarikh & Theme ::

Salam luvely readers..

fuhh..behabuk & besarang lelabah dah bLog ku inih? 

Nape lame ta hupdate ha macik ?? busy la daling daling kuh ... maafkan saye.. maaf kan saya ..

Hari mud nak hupdate datang n ade la mase sket en .. 

ape? tukar tarikh.. YES !! 

dengan ini daku mengishtiharkan majlis daku dengan inchik penunang di tunda ke SEPTEMBER.. ark...lambatnye.. 
(mood #: miang + gatal ..)

** majlis ditunda atas sebab-sebab tertentu..**

Sekian!!

Eh, belum lagilah..ngee..

Entri awal taun ade cite pasal Wedding Theme.

Ade pertukaran sket dari sebelah inchik penunang, mak inchik nak color Pink + Brown.

Memule daku rase cam peliks gak color tu, tapi atas bantuan abg. Google, aku rase macam cool je..




Korang x rase cool ke yang macam daku rase ?? haha..

Sweet jugak en..

Xpelah, ape pon theme wedding kami, yang penting kami sah menjadi suami istri.. 

tak gitu :) rakan-rakan. hehe ..


March 6, 2012

~ Ministry of Moment ~

Assalamualaikum para readers sekalian...
Entri ape pulak ye kali ni? aa....

Contest lagi...jangan mara..

Kali ni contest khas untuk ..



fuyooo.. prize dia, mantop..

Pemenang akan memenangi percutian ke Bali
FULL PACKAGE ke Bali untuk 2 orang termasuk kos penerbangan, hotel dan transpotasi yang bernilai RM5000

Jom kita tengok sape MOM ni dan ape yang dorang buat..

Who are Ministry of Moment (MOM) ?

MOM merupakan sebuah kumpulan kecil profesional yang menghasilkan kreativiti tersendiri dalam ciptaannya. MOM merupakan jurugambar yang terkenal dalam perkahwinan, potrait dan travel. Mereka juga suka mengembara, bak kata datuk mereka "The more we travel the we see".

Let's usha hasil kreativiti mereka ..


Gamba ini sangat sweet..keceriaan mereka terserlah ;)


Kegembiraan terpancar di wajah ayunya..






Setiap hasil ini mempunyai penceritaan yang tersendiri. Kreativiti yang dihasilkan oleh MOM mampu menceriakan ratu & raja di hari bahagia mereka.

Sangat tersentuh dengan hasil kreativiti MOM.


MOM juga merupakan photographer yang terkenal dikalangan artis. Tahniah kepada MOM kerana berjaya menghasilkan memori indah buat pasangan ini. 

Gambar ini telah membuktikan Umie Aida & Khairuddin sangat bahagia.

Selain dari mereka, MOM juga merupakan official photographer buat pasangan artis ini

Tomok & Ayu




WOW...gambar mereka sangat awesome oke..ta rugi kalau hire dorang nih untuk wedding korang..
Pastinya MOM dapat merealisasikan impian korang dihari bahagia korang..
dan semestinya juga hari bahagia saya..


Anda minat untuk hire MOM, hubungi mereka untuk maklumat lanjut :


Facebook : 

Ministry Of Moment




  MINISTRY OF MOMENT

650A, Level 8 Pavilion Retail Office Block, Pavilion Kuala Lumpur
168 Jalan Bukit Bintang , 55600 Kuala Lumpur

  MINISTRY OF MOMENT [ STUDIO ]
6-3 Velodrom Business Park Jalan Dataran Velodrom 56000 Bandar Tun Razak KL

Tel : 03-9171 0707 / 91740433



March 1, 2012

”URBAN VIBE ONLINE CONTEST –cinta seputih salju(REVIEW)”


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...bertemu kembali kite untuk task yang ke-3, iaitu task terakhir... (wow..skemanye..huhu).

"CINTA SEPUTIH SALJU (REVIEW)"

Pada minggu lepas, telah berlangsungnye 

 

Anjuran 


di Shah Alam Convention Centre.

dari 24 - 26 Februari 2012 

yang bertemakan 


CINTA SEPUTIH SALJU

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Memandangkan majlis kami akan berlansung pada tahun ini (2012), maka pencarian vendor-vendor untuk majlis kami bermula..(cewahh..padahal last year lg dh start jalan-jalan dekat Pameran Pengantin Malaysia).

Sampai je kat SACC, terus masuk ke dalam..Wow..walaweh...shanteknye..........
Kat lua dah cantek, kat dalam? xtau nak kate kan..

Disebabkan tesangat-sangat teruja dengan decoration pintu masuk by NAS Great Idea, sampai terlupa nak snap picture. Kite pinjam picture PPM ye..witwit...jangan mara ..


Done, with registration..jom masuk..

Kebetulan masa masuk dalam tu tengah ada fesyen show..ape lagi kan..kepentas teruslah kita..
excitednye jangan cakap la..sampai incik tunang tertinggal kat belakang ... hihi .. sorry penunang .


         



Ha..cantekkan baju-baju ni..mau tak terpegun di buatnye..sampai tak kelip mate tengok tau..aishh..
Tapi dalam ati ni, jeles pon ade..hehe..almaklumlah, model-model ni kurus dan cantek..huhu...

Kite sangat kagum dengan designer-designer ni..

Antara barisan-barisan Fesyen designer yang terlibat : 



** Nama-nama yang agak famous dalam industry fashion. Wish all of them best of luck and successful in the future . Tanpa mereka, para Raja dan Ratu sehari tidak akan berseri ..


Oke dah-dah Amiza, jangan nak berangan nak jadi designer pulak, mimpi indah je tu..haha..

Macam-macam la yang ada kat Pameran Pengantin tu..adoi, meriahnya...berseri-seri je tengok muka-muka bakal pengantin yang datang. Hehe...sape yang pergi tu, tau la prasaannya camne kan..best woo...

Banyak jugak booth yang saya singgah, tanya-tanya punya tanye, datang excited tu, mesti lupa yang kita ni pegang camre tau..menci tol..

Tapi nak share jugak ape je yang sempat kite snap.. Meh tengok meh ..



Aha..sape tak kenal orang sebelah saya ni? tipu..tipu..almost semua B2B kenalkan..kan...

Ni la Arma Abd Rahman. Beliau sangatlah peramah.. :)


Yang ni sape kenal? Hehe..Dah tentu lah taukan, kat gamba tu dah tertera nama butik beliau ..

Beliau tengah sebok melayan customer..jadinye dapatlah picture candid je..

Baju yang dekat belakang tu cantek tau...ni die ..


Cantek en..bayangkan kite yang montel ni pakai..auww...sangat suweett...(ee..prasannye.abaikan.)

 

 Ha..ni kenal tak? Ni la photographer wanita yang nama beliau sering disebut-sebut oleh warga B2B.. 

Kak Kay owner of The Photolicious.

Tak sempat nak begambar dengan beliau sebab beliau sebok melayan customer. Kita taknak lah kacau rezki dia..maka curi-curi la gamba dia.. maafkan saya akak.

Tak berkesempatan jugak nak jumpa Get Inspired crew, customer sangat ramai masa ni..


Sempat tangkap banner je, tak ingat nape mase ni ade gambar ni je..adoii..rase cam nak ulang balik je..


Overall, Pameran Pengantin Malaysia yang berlangsung tempoh hari sangat menakjubkan. Pelbagai vendor telah terlibat dalam mempromosikan hasil kerja mereka. Saya sangat teruja dengan setiap hasil dekorasi yang dipamerkan, ianya telah memberikan saya pelbagai idea dan ilham untuk majlis perkahwinan saya yang akan berlangsung pada bulan September ini. 
Tahniah
buat Urban Vibe kerana berjaya mengendalikan event yang sangat mantap. 

Nyatakan juga apa yang anda ingin lihat di PPM anjuran kami pada masa akan datang?

 Jika diberi peluang, apa yang saya mahu lihat di PPM akan datang ialah :

- Pelbagai kuiz dilakukan semasa event sedang berlangsung untuk menarik lebih ramai B2B hadir memeriahkan event.
-  Setiap yang datang akan dapat doorgift. Kalau tak besar, kecik pon jadilah..at least ade sesuatu kan dari PPM..

Cukup kot buat mase ni..nak request bebanyak kesian pulak kat crew Urban Vibe..hehe..
         
MENANG?
Meh bagitau sape yang tanak menang? Hehe..kite? eh, kite nak menang lah..sebab ape kite nak menang 

1) Saya merupakan pengantin budget yang mengimpikan hari bahagianya dilaksanakan dengan sempurana hasil dari bridal yang ternama
2) Saya juga ingin kelihatan cantik menggayakan busana yang direka khas oleh pereka yang ternama
3) Dan yang paling penting, saya mempunyai memori indah untuk di buat kenangan apabila usia meningkat :)

 ** Menang dan kalah adat pertandingan. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Terima Kasih sekali lagi buat Urvan Vibe kerana menganjurkan pertandingan khas untuk B2B yang ingin merialisasikan hari bahagia mereka. **


Inilah saya ketika di hari Pameran tersebut.
* mane incik tunang..ngee..die pemalu..


Doakan kebahagian kami sehingga ke akhir hayat..

Tamat !!

February 23, 2012

”URBAN VIBE ONLINE CONTEST –cinta seputih salju(TRIBUTE PENAJA)”


Alhamdullilah..masih berkesempatan untuk menyambung tugasan ke-2 untuk contest anjuran Urban Vibe.

Kali ni nak merapu pasal ape plak la Cik Amiza ni ye..hikhik..

Kite nak buat TRIBUTE untuk penaja-penaja yang terlibat sempena Pameran Pengantin Malaysia pada 
24 - 26 Februari 2012 yang bertempat di SACC, Shah Alam.

First of all kite nak buat tribute untuk :

 Arma Wedding Couture
sebagai
Main Decorator & penaja hadiah pertandingan
anjuran
PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA By URBAN VIBE



Untuk pengetahuan semua, Arma Abdul Rahman merupakan salah seorang bekas pelajar siswazah dari UITM yang menuntut dalam bidang Seni & Rekabentuk yang fokus dalam Reka Fesyen. Selepas tamat pengajiannya, beliau mula bekerja sebagai perancang perkahwinan di syarikatnya sendiri. Walaupun bermula dari kosong, bakat dan minat beliau dalam merancang perkahwinan terbukti apabila nama beliau sudah mula dikenali di kalangan orang awam juga selebriti tempatan. Antara selebriti yang telah menggunakan perkhidmatan kreativiti beliau untuk hiasan pelamin, juga pakaian hari perkahwinan mereka adalah seperti Mawi & Ekin, Anne (dj Hot FM), pemenang realiti TV Show "Gadis Melayu", Aida, Bienda dan Elyana.

Arma juga dikenali sebagai seorang yang workaholic. Beliau merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi dan diharapkan satu hari nanti usaha gigih beliau ini akan menjadikan beliau salah satu nama daripada nama yang terbesar dalam industri.


ini antara orang kanan Arma..sweet kan muka diorang ;)

Korang nak tau tak, kite admire giler dengan hasil Arma Wedding Couture nih.. baju pengantin die? hantaran die? pelamin die? fuhh..ta payah cerita la kan. mmg superb abis..tapi..kite nak juga crita..
cantik siot !!


Meh kite tgk meh hasil tangan Arma ni...


firstly kite tengok baju die ye...




terpegun dan terpesona...awww..banyaknye manik manik die ditambah pulak dengan bunga-bunga comel tu kan....arghhh...migrain..memang admire sesangat la kan.cantek...bila la dapat rasa pakai macam ni?


Hantaran die pun superb..simple n nice..luv the flower too much!!.





 

melelehkan tengak hantaran Arma Couture ni..sangat sangat sangat cantik. Tone bunga memainkan peranan yang amat penting dalam menceriakan hantaran tersebut.






Wow..gorgeous pelamin-pelamin die...sangat teruja untuk mendapatkan pelamin hasil kreativiti Arma Coture. Semuanya mantaps u olls..


Setiap hasil pelamin design Arma Cotoure dipenuhi dengan bunga-bungaan. Bunga memainkan peranan yang amat penting dalam setiap hasil rekaan Arma Couture


Mesti korang teruja macam kita kan? kan ?


Berminat untuk mengetahui maklumat selanjutnya? 


Sila hubungi :


03-89449964 (boutique) , 017-3288893 (syenell), or 012-3401341 (fuza).

9-G, jalan PUJ 3/10, 
Taman Puncak Jalil, 
Bandar Putra Permai,
 43300 Sri Kembangan, 
Selangor Darul Ehsan.

Facebook: Arma Couture



 Ari Wedding Couture
Penaja hadiah utama pertandingan
anjuran
PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA By URBAN VIBE





Ari Wedding Couture telah terlibat dalam bidang kerja kahwin lebih dari 10 tahun. Beliau bermula dengan bisnes kecil-kecilan dan menerima tempahan pelamin rumah, make up pengantin dan juga tempahan baju nikah dan sanding. Antara artis tanah air yang telah mendapat hasil sentuhan Ari Wedding Couture ialah Arash Muhammad, Khai & Rosma, Abby Abadi & Norman Hakim, Siti Sarah Raisuddin, Elyana dan Farah Anuar (AF).


Selain itu juga, Ari Wedding Couture juga menerima tempahan sewaan baju, make up dinner dan sebagainya denga harga yang berpatutan. 


aha..inilah antara crew Ari Wedding Couture.. 
segak-segak blake ;)

Jom kita tengok hasil kreativiti Ari Wedding Couture ..







Fuyooo...lawa kan..kan...pelamin pelamin yang dipenuhi dengan bunga-bungaan merupakan idaman pelamin kita..


Hasil seni Ari Wedding Couture sangat teliti dan sedap mata memandang. Ianya kemas dan sangat teratur.


Selain dari pelamin, Ari Wedding Couture juga sangat kreatif dalam menghasilkan hantaran.




Pelbagai rekaan hantaran yang telah dihasilkan oleh Ari Wedding Couture. Walaupun ianya simple tetapi hasilnya menampakkan sangat exclusive.  

Bakal-bakal pengantin akan kelihatan sungguh jelita dan menawan jika dapat menggayakan rekaan busana pengantin hasil dari Ari Wedding Couture.






 

Menawankan pengantin-pengantin ni.. 

Ari Wedding Couture pandai memodenkan material yang lama mengikut peredaran zaman seperti kain songket.

Buat bakal-bakal pengantin yang berminat untuk menjadikan 
Ari Wedding Couture sebagai wedding planner anda, 
sila hubungi mereka di :


ARIE WEDDING COUTUREProfessional Make Up, Wedding Planner

017-223 0998 
41A, Jalan 6/3, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
ht
tp://adiputra75.fotopages.com
e-mail: 
puncak_kasih_collections@yahoo.com
YM: cikgu28 

business hour: by an appoinment 

FacebookAri WeddingCouture



GIPhotolicious

Official Photographer & penaja hadiah pertandingan
anjuran
PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA By URBAN VIBE

GIPhotolicious? Penah x dengar name tu? Pelikkan..hehe..sebenarnya..


GIPhotolicious adalah gabungan 2 nama Photographer yang hebat..


Lets start with GI Photoshoot ..



GI adalah singkatan untuk Get Inspired. Izwan Junaidi merulaka pengasas GI Photoshoot.


Gambar-gambar beliau sangat menusuk kalbu. Pelbagai teknik photography yang ditonjolkan..


mari kite usha serba sedikit hasil GI Photoshoot..



Admire dengan gambar ni..hasil yang sgt kreatif...




Ceria-ceria bukan hasil karya GI Photoshoot .. Setiap gamba ada penceritaannya tersendiri..


Hehe..walaupon muka dan gamba orang lain..tapi bila tengok je gambar hasil GI ni, akan membuatkan kita tersenyum sendiri..shantek kot....


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

G.i Photoshoot
No. 92A Jalan SS 14 / 1

47500 Subang Jaya

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

Phone : 016 322 2948 (surya)
Office : 03 5638 9285
Email : giphotoshoot@gmail.com

FacebookG.i Photoshoot



now is The Photolicious








Kamalia Kamal merupakan pengasan The Photolicious. Beliau juga merukan full time photographer. Beliau mempunyai imiginasi yang tinngi dalam dunia photography. Beliau juga berani membuat perubahan pada hasil gambar beliau. Selain itu, beliau juga suka menggunakan accesories untuk mendapatkan hasil yang terbaik kepada pelanggan beliau. Beliau juga gemar pada cahaya matahari untuk mengahsilkan gambar-gambar beliau.


 Jom kita tengok hasil tangan The Photolicious.



 





Walaupun geng Photolicious ni dari kalangan wanita..tapi hasilnya sangat superb..xrugi kalau hire 
diorang kan..

Untuk mendapatkan khidmat mereka, 
sila hubungi :

THE PHOTOLICIOUS
NO 22-1A, JALAN PANDAN 3/10,

PANDAN JAYA,

55100 KUALA LUMPUR
Tel : 0192715010 / 0196682336

FacebookThe Photolicious



Official Videographer 
anjuran




Let us worry about the angle, while you enjoy the most special day of your life. Avicenna Studio – founded  in 2005, currently based in Bandar Baru Bangi, Malaysia.  Now into its 5th year in the photography industry, Avicenna Studio is led by owner-cum-Principal Photographer Fairuz Ismail, with more than 100 weddings around the country.
The goal is simple – immortalizing the greatest day on your life


Mereka bukan sahaja terlibat dalam photography, tetapi juga videography..

mari kite tengok hasil-hasil mereka ..






Menarik bukan..Avicenna Studio mampu mebuat ratu dan raja sehari tersenyum lebar ;) ..




U oll layan video hasil Avicenna Studio..sangat best oke..

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 

Avicenna Studio
1-33, Jalan 8/35, Seri Bangi,
Seksyen 8,
43650 Bandar baru Bangi,
Selangor.


Phone : 0389262284
Email : enquiry@avicennastudio.com

FacebookAvicenna Studio


Alhamdulillah..selesai sudah task ke-2..kita sambung task ke-3 nnt ye..

Jangan lupa untuk datang ke SACC untuk Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe.


TempatShah Alam Convention Centre (SACC)
Alamat : No. 4 Jalan Perbandaran 14/9, Shah Alam, Selangor.
Tarikh : 24 - 26 Feb 2012
Masa : 10 pagi - 10 malam

Sekian.. !