March 6, 2012

~ Ministry of Moment ~

Assalamualaikum para readers sekalian...
Entri ape pulak ye kali ni? aa....

Contest lagi...jangan mara..

Kali ni contest khas untuk ..



fuyooo.. prize dia, mantop..

Pemenang akan memenangi percutian ke Bali
FULL PACKAGE ke Bali untuk 2 orang termasuk kos penerbangan, hotel dan transpotasi yang bernilai RM5000

Jom kita tengok sape MOM ni dan ape yang dorang buat..

Who are Ministry of Moment (MOM) ?

MOM merupakan sebuah kumpulan kecil profesional yang menghasilkan kreativiti tersendiri dalam ciptaannya. MOM merupakan jurugambar yang terkenal dalam perkahwinan, potrait dan travel. Mereka juga suka mengembara, bak kata datuk mereka "The more we travel the we see".

Let's usha hasil kreativiti mereka ..


Gamba ini sangat sweet..keceriaan mereka terserlah ;)


Kegembiraan terpancar di wajah ayunya..






Setiap hasil ini mempunyai penceritaan yang tersendiri. Kreativiti yang dihasilkan oleh MOM mampu menceriakan ratu & raja di hari bahagia mereka.

Sangat tersentuh dengan hasil kreativiti MOM.


MOM juga merupakan photographer yang terkenal dikalangan artis. Tahniah kepada MOM kerana berjaya menghasilkan memori indah buat pasangan ini. 

Gambar ini telah membuktikan Umie Aida & Khairuddin sangat bahagia.

Selain dari mereka, MOM juga merupakan official photographer buat pasangan artis ini

Tomok & Ayu




WOW...gambar mereka sangat awesome oke..ta rugi kalau hire dorang nih untuk wedding korang..
Pastinya MOM dapat merealisasikan impian korang dihari bahagia korang..
dan semestinya juga hari bahagia saya..


Anda minat untuk hire MOM, hubungi mereka untuk maklumat lanjut :


Facebook : 

Ministry Of Moment




  MINISTRY OF MOMENT

650A, Level 8 Pavilion Retail Office Block, Pavilion Kuala Lumpur
168 Jalan Bukit Bintang , 55600 Kuala Lumpur

  MINISTRY OF MOMENT [ STUDIO ]
6-3 Velodrom Business Park Jalan Dataran Velodrom 56000 Bandar Tun Razak KL

Tel : 03-9171 0707 / 91740433



March 1, 2012

”URBAN VIBE ONLINE CONTEST –cinta seputih salju(REVIEW)”


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...bertemu kembali kite untuk task yang ke-3, iaitu task terakhir... (wow..skemanye..huhu).

"CINTA SEPUTIH SALJU (REVIEW)"

Pada minggu lepas, telah berlangsungnye 

 

Anjuran 


di Shah Alam Convention Centre.

dari 24 - 26 Februari 2012 

yang bertemakan 


CINTA SEPUTIH SALJU

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Memandangkan majlis kami akan berlansung pada tahun ini (2012), maka pencarian vendor-vendor untuk majlis kami bermula..(cewahh..padahal last year lg dh start jalan-jalan dekat Pameran Pengantin Malaysia).

Sampai je kat SACC, terus masuk ke dalam..Wow..walaweh...shanteknye..........
Kat lua dah cantek, kat dalam? xtau nak kate kan..

Disebabkan tesangat-sangat teruja dengan decoration pintu masuk by NAS Great Idea, sampai terlupa nak snap picture. Kite pinjam picture PPM ye..witwit...jangan mara ..


Done, with registration..jom masuk..

Kebetulan masa masuk dalam tu tengah ada fesyen show..ape lagi kan..kepentas teruslah kita..
excitednye jangan cakap la..sampai incik tunang tertinggal kat belakang ... hihi .. sorry penunang .


         



Ha..cantekkan baju-baju ni..mau tak terpegun di buatnye..sampai tak kelip mate tengok tau..aishh..
Tapi dalam ati ni, jeles pon ade..hehe..almaklumlah, model-model ni kurus dan cantek..huhu...

Kite sangat kagum dengan designer-designer ni..

Antara barisan-barisan Fesyen designer yang terlibat : 



** Nama-nama yang agak famous dalam industry fashion. Wish all of them best of luck and successful in the future . Tanpa mereka, para Raja dan Ratu sehari tidak akan berseri ..


Oke dah-dah Amiza, jangan nak berangan nak jadi designer pulak, mimpi indah je tu..haha..

Macam-macam la yang ada kat Pameran Pengantin tu..adoi, meriahnya...berseri-seri je tengok muka-muka bakal pengantin yang datang. Hehe...sape yang pergi tu, tau la prasaannya camne kan..best woo...

Banyak jugak booth yang saya singgah, tanya-tanya punya tanye, datang excited tu, mesti lupa yang kita ni pegang camre tau..menci tol..

Tapi nak share jugak ape je yang sempat kite snap.. Meh tengok meh ..



Aha..sape tak kenal orang sebelah saya ni? tipu..tipu..almost semua B2B kenalkan..kan...

Ni la Arma Abd Rahman. Beliau sangatlah peramah.. :)


Yang ni sape kenal? Hehe..Dah tentu lah taukan, kat gamba tu dah tertera nama butik beliau ..

Beliau tengah sebok melayan customer..jadinye dapatlah picture candid je..

Baju yang dekat belakang tu cantek tau...ni die ..


Cantek en..bayangkan kite yang montel ni pakai..auww...sangat suweett...(ee..prasannye.abaikan.)

 

 Ha..ni kenal tak? Ni la photographer wanita yang nama beliau sering disebut-sebut oleh warga B2B.. 

Kak Kay owner of The Photolicious.

Tak sempat nak begambar dengan beliau sebab beliau sebok melayan customer. Kita taknak lah kacau rezki dia..maka curi-curi la gamba dia.. maafkan saya akak.

Tak berkesempatan jugak nak jumpa Get Inspired crew, customer sangat ramai masa ni..


Sempat tangkap banner je, tak ingat nape mase ni ade gambar ni je..adoii..rase cam nak ulang balik je..


Overall, Pameran Pengantin Malaysia yang berlangsung tempoh hari sangat menakjubkan. Pelbagai vendor telah terlibat dalam mempromosikan hasil kerja mereka. Saya sangat teruja dengan setiap hasil dekorasi yang dipamerkan, ianya telah memberikan saya pelbagai idea dan ilham untuk majlis perkahwinan saya yang akan berlangsung pada bulan September ini. 
Tahniah
buat Urban Vibe kerana berjaya mengendalikan event yang sangat mantap. 

Nyatakan juga apa yang anda ingin lihat di PPM anjuran kami pada masa akan datang?

 Jika diberi peluang, apa yang saya mahu lihat di PPM akan datang ialah :

- Pelbagai kuiz dilakukan semasa event sedang berlangsung untuk menarik lebih ramai B2B hadir memeriahkan event.
-  Setiap yang datang akan dapat doorgift. Kalau tak besar, kecik pon jadilah..at least ade sesuatu kan dari PPM..

Cukup kot buat mase ni..nak request bebanyak kesian pulak kat crew Urban Vibe..hehe..
         
MENANG?
Meh bagitau sape yang tanak menang? Hehe..kite? eh, kite nak menang lah..sebab ape kite nak menang 

1) Saya merupakan pengantin budget yang mengimpikan hari bahagianya dilaksanakan dengan sempurana hasil dari bridal yang ternama
2) Saya juga ingin kelihatan cantik menggayakan busana yang direka khas oleh pereka yang ternama
3) Dan yang paling penting, saya mempunyai memori indah untuk di buat kenangan apabila usia meningkat :)

 ** Menang dan kalah adat pertandingan. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Terima Kasih sekali lagi buat Urvan Vibe kerana menganjurkan pertandingan khas untuk B2B yang ingin merialisasikan hari bahagia mereka. **


Inilah saya ketika di hari Pameran tersebut.
* mane incik tunang..ngee..die pemalu..


Doakan kebahagian kami sehingga ke akhir hayat..

Tamat !!